Saturday, February 14, 2009

_______________ success do, success don't.

To: Nur’ Afifah Nabilah (adikku yg ku sayangi ;] )

IKRAR DIRI UNTUK HIDUP YANG POSITIF

Diperturunkan di bawah ini serangkaian ucapan atau ikrar diri sebagai pedoman dalam memperbetulkan tanggapan hidup kita kearah yang lebih positif. Bisikkan ke jiwa kita rangkaian ikrar berikut dengan khusyuk dan yakin setiap hari sebelum (waktu pagi) dan sesudah (waktu malam) menjalani hari-hari kita. Jika diaalkannya secara rutin, akan terpancarkanlah cahaya keinsafan dan ketenangan, kebahagiaan dan keyakinan dalam diri kita. InsyaALLAH!

“Ya Allah Ya Tuhanku...

Aku tahu ketenangan, kebahagiaan dan keyakinan sedang menghampiriku,

Aku sedar setiap musibah yang menimpa diriku adalah ujian-Mu ke atas keimanan dan ketaatanku kepada-Mu,

Kini ku mengerti bahawa disebalik setiap kepahitan yang telah, sedang dan akan ku lalui, ada kemanisan yang Engkau datangkan ke atasku adalah yang terbaik untukku mengikut ilmu-Mu,

Aku kini sedar bahawa musibah yang melanda hidupku adalah petanda sayang-Mu kepadaku,

Kini aku tidak lagi bertuhankan dunia, sebaliknya aku bertuhankan Engkau Ya Allah,

Kini aku tidak lagi meletakkan kebahagiaan kepada kebendaan,

Aku tidak lagi takut kepada sesuatu atau seseorang kerana aku tahu tiada ketakutan bagiku yang mentaati-Mu,

Cukup Engkau tempatku bergantung dan aku tidak akan sekali-kali bergantung kepada yang lain daripada-Mu,

Aku sekarang melihat Engkau dalam setiap hal kehidupanku,

Aku kini tenteram walaupun dunia di sekililingku kian bergelora,

Aku sudahpun memulakan lembaran baru dalam kehidupanku,

Aku tahu Engkau Tuhan Yang Maha Memberi, Maha Penyanyang dan Maha Menolong,

Aku redha dan bersyukur di atas segala nikmat dan rahmat-Mu ke atasku,

Aku sekarang rajin berusaha dan sentiasa mengingati-Mu,

Aku tidak lagi berburuk sangka terhadap Engkau dan diriku,

Aku kini khusyuk mengisi jiwa dengan mendekati-Mu,

Aku amat suka bersolat, berdoa dan berzikir kepada-Mu,

Aku tenang , aman dan bahagia di sisi-Mu Ya Allah,

Aku tidak lagi mudah berputus asa,

Aku bersabar dalam menunggu bantuan-Mu,

Terima kasihku kepada-Mu kerana telah member petunjuk kepadaku,

Amin Ya Rabbal Alamin.”

From: KayMi, Bath S2

No comments: